Sunday, February 2, 2014

-

No comments:
I just want you to know that I miss you. Somehow, I wish I could turn back the time. The time when we were creating our good memories. I dont know how to describe my feelings when I saw your wallpaper phone, a girl. And you said she is just your friend. Nak percaya ke? Setelah more than 3 times you lied to me. But I miss our memories. Apa yg saya mampu, letakkan awak dalam doa saya. Semoga awak berjumpa dengan tulang belakang awak :)


Sunday, December 29, 2013

Asasi? Apa beza dengan Matrikulasi?

No comments:
Pejam celik, pejam celik dah nak 2014.
Maka umur aku pun bertambah 1. Aduh ni yg tak syiok ni.
Sebenarnya ada 3 esaimen tertunggak ni menanti utk disiapkan.
Ekceli, ada 6 kerja tapi haritu sebelum cuti aku dah siapkan dekat kolej.

Sebabnya, jadi macam ni lah dekat rumah. Tak sentuh langsung. Maka aku ada satu tips utk mereka yg rajin-rajin macam aku ni bila dapat esaimen time cuti. Hampa buat dulu sebelum balik bercuti, macam aku dah rancang dengan rumet nak siapkan esaimen malam sebelum balik tu (yela sangat)

Laa ni aku bukan nak cerita pasai esaimen aku tu, aku nak cerita kehidupan aku sepanjang mahasiswi baru ni universiti.
Alhamdulillah aku ditempatkan disalah sebuah universiti dalam Malaysia. Belum ada rezeki nak pi negara orang. Negara kita pun belum habis jelajah, dok nak jelajah negara orang. Aku sekarang tengah buat Asasi dan dijangka habis dalam bulan april 2014.

Apa itu asasi?

Asasi ni program 'fast-track' utk mereka yang dah habis SPM. Tempoh pengajian lebih kurang 8bulan - 1tahun. Macam aku 8 bulan je, 2 sem. Kalau macam UTP, setahun ada 3 sem. Kalau UIA tak sure berapa semester tapi diorang ni paling cepat setahun setengah, kalau result arab kureng tambah lah satu sem jadi dua tahun.
Lepas asasi ni, hampa boleh la ke degree terus. Haa dalam umur 19tahun tu dah masuk degree, muda dak? (Habis la nanti kena buli dgn akak senior) 
Yang bestnya asasi ni, dapat elaun setiap sem, *kening kening*
Mesti hampa semua dok heran, apa beza dengan matriks. Matriks pun 10bulan jugak (2sem), lepastu boleh ambil degree terus dalam umur 19 tahun. Lepas asasi & matriks, hampa kena apply UPU balik mcm SPM (utk IPTA)

Apa beza asasi dengan matriks?


  • Asasi ni under universiti. Haaa hampa dah masuk universiti! Bangga sikit *peace* manakala matriks under kementerian. Matriks ni kolej, tak sama macam universiti. 
  • Lepastu exam, asasi ni lecturer universiti hampa la buat soklan tu jugak. Jadi lain universiti, lain soalan. Kalau matriks ni under kementerian, seluruh matriks dlm Malaysia ni soalan sama.
  • Yang ni best skit, asasi ni pakaian depa bebas kalau nak pi kelaih. Eh tapi utk asasi UM, diorang kena pakai formal hari-hari (kemeja bagi lelaki, baju kurung bagi perempuan) Kalau matriks, kena pakai formal pergi kelas.
  • Asasi kan under universiti, jadi tempat mereka dalam universiti tu dah reserve masa degree nanti manakala matriks tak dijamin (tiada unsur berat sebelah)
  • Orang kata final exam matriks susah daripada asasi tapi aku tengok member aku yg dok matriks tu ramai yg perform, manakala kami di pusat asasi ni result macam hampeh. Taktau la sejauh mana kesaihan fakta tersebut.
  • Asasi boleh keluar bila-bila yg hampa suka kalau takda kelas, takde kad outing, guard dan seangkatan dgnnya. Manakala matriks boleh keluar pada hujung minggu yg telah ditetapkan sahaja.
Aku rasa cukup lah itu sahaja, jika ada sebarang persoalan boleh dikemukan, eceh macam ada orang baca je -.-